Cara Mohon dan Daftar Anak Angkat – Prosedur dan Tatacara

PERMOHONAN PENGANGKATAN 

Pengangkatan Di Semenanjung Malaysia

Permohonan pengangkatan di Semenanjung boleh dibuat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) (terpakai untuk bukan Islam) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (Pendaftaran De Facto) terpakai untuk Islam dan bukan Islam.

1. Pendaftaran De Facto (Akta Pendaftaran Pengangkatan  1952(Akta 253)

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (De Facto) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara dan hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Akta ini bertujuan bagi mendaftarkan anak angkat De Facto di mana seseorang kanak-kanak  berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh seseorang atau pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat. Pengangkatan ini termaktub di bawah Akta 253 dan terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam.

Permohonan Pendaftaran Pengangkatan De Facto boleh dibuat di Pejabat JPN (Semenanjung Malaysia sahaja) yang berhampiran dengan tempat tinggal seseorang atau ibu bapa angkat dan anak angkat tersebut.

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara  untuk maklumat lanjut.

2. Pendaftaran Melalui Perintah Mahkamah (Akta pengangkatan 1952 (Akta 257)

Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan melalui perintah mahkamah perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman. Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya sahaja. Perintah Pengangkatan ini dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Pengangkatan ini terpakai bagi orang bukan beragama Islam sahaja.

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara  untuk maklumat lanjut.

Pengangkatan Di  Sabah

Permohonn Pendaftaran anak angkat di Sabah dibuat berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 Tahun 1960), Native Adoption Regulations 1961 dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 dan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (amalan dan tatacara pengambilan anak angkat) 2006.

Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan di negeri Sabah perlu membuat permohonan di mahkamah-mahkamah berkaitan mengikut kategori seperti berikut:-

a) Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja;
b) Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan native; dan
 c) Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara  untuk maklumat lanjut.

Pengangkatan Di Sarawak

Permohonan  pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah. Permohonan pengangkatan  boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Sarawak.

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Pendaftaran Negara  untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment